Bagi yang mempunyai simpanan di KWSP, terdapat beberapa
jenis pengeluaran yang boleh di buat sebelum mencapai usia pencen, maknanya
kita boleh keluarkan duit KWSP kite masa usia muda...huhu.
Tapi hanya di akaun 2
sahaja tau...dan untuk tujuan yang bermanfaat sahaja...xleh suke suki..
Antara pengeluaran
yang boleh adalah seperti berikut :
PENGELUARAN UMUR 50
TAHUN
Untuk pengeluaran jenis ini, kite boleh keluarkan semua atau
sebahagian simpanan apabila umur telah memcapai usia 50 tahun.
Antara syarat dan kelayakan adalah
1. Permohonan sekali sahaja
2. Mempunyai pilihan pengeluaran sama ada:
Ø
Semua Simpanan Mengeluarkan kesemua simpanan
secara sekaligus dari Akaun 2
Ø
Sebahagian Simpanan Mengeluarkan sebahagian
simpanan dari Akaun 2
3. Permohonan boleh dibuat 1 bulan lebih awal sebelum ahli
mencapai umur 50 tahun
Bawa Mykad atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Pembayaran akan
dibuat secara terus ke akaun Ahli ( Senarai nama Bank Panel KWSP)
PENGELUARAN UMUR 55
TAHUN
Ada 4 jenis pengeluaran:
1.Kesemua Simpanan
2.Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap
30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
3.Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu
RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
4.Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan
Cara-caranya:
Ø
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi
Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Ø
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun
Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke
Akaun Ahli)
PENGELUARAN UMUR 60

Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
Ø
Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut
format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak
melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
Ø
Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil
Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
Ø
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun
Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke
Akaun Ahli)
PENGELUARAN HILANG
UPAYA
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan
kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau
kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan
(employability)
Cara-caranya:
Ø
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan
isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
Ø
Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi
Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital /
Klinik Swasta)
Ø
Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada)
bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan
Ø
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun
Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke
Akaun Ahli)
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh
:
Ø
Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau
melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau
Ø
bukan warganegara malaysia yang telah berhenti
kerja dan akan meninggalkan malaysia
caranya adalah :
Ø
bawa passport, permit kerja dan bukti penamatan
kerja
Ø
Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL)
Ø
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun
Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke
Akaun Ahli)
Pengeluaran ini
membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian
ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian
tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Cara-caranya:
Ø
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi
Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
Ø
Bawa Surat Tawaran Belajar
Ø
Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang
asal
Ø
Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus
Pengajian
Ø
Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini
(pelajar IPTA dikecualikan)
Ø
Bawa Borang Temuduga
Ø
Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
Ø
Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad
Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian
Ø
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun
Bank Ahli atau tempat pengajian.
atau untuk
lebih lanjut boleh terus klik link ini Jenis pengeluaran.
No comments:
Post a Comment