Kebelakangan ini banyak kejadian penderaan bayi dan kanak-kanak.Sehinggakan sebagai seorang ibu yang bekerja rasa hendak berhenti kerja untuk menjaga sendiri anak. bekerja di rumah juga boleh mendatangkan pendapatan sebenarnya. tidak sampai hati melihat cerita-cerita menyayat hati di akhbar dan laman sosial.
Jika diberi pilihan untuk menghantar anak ke taska atau pengasuh. Saya tiada jawapan untuk itu,kerana kedua-duanya mempunyai risiko.
Tetapi apakan daya sebagai ibu yang bekerja kita perlu membuat pilihan. jika sebelum ini saya memilih untuk menghantar anak ke rumah pengasuh tapi baru-baru ini pengasuh anak saya menyatakan hasrat untuk berhenti menjaga anak saya.
Setelah berbincang dengan suami, kami memutuskan untuk menghantar anak ke taska memandangkan umurnya sudah hampir 3tahun.Sebelum memilih taska,saya telah memasuki portal Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengetahui taska yang berdaftar dengan kementerian.
Taska pertama yang kami pergi paling hampir dengan rumah tetapi keadaan sekelilingnya tidak menarik minat kami. kemudian pergi pula taska kedua,nampak menarik tetapi pengambilan dibuka untuk tahun hadapan sahaja.Kemudian saya cadangkan kepada suami untuk pergi satu lagi taska, walaupun jauh sedikit dari rumah tetapi bila melihat persekitaran, kawalan keselamatan dan aktiviti yang diadakan di taska tersebut menarik minat kami untuk bertanya lebih berkenaan taska tersebut.
TASKA ZAZA CERDIK pilihan kami untuk kesayangan kami. melihat dari review di FB pun ramai yang mengsyorkan taska ini. Taska ini terletak bahagian atas rumah kedai, mempunyai beberapa orang guru yang akan memantau anak-anak dengan aktiviti yang menarik untuk perkembangan minda kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment