JENIS-JENIS PENGELUARAN KWSP SEBELUM USIA PENCEN...


Bagi yang mempunyai simpanan di KWSP, terdapat beberapa jenis pengeluaran yang boleh di buat sebelum mencapai usia pencen, maknanya kita boleh keluarkan duit KWSP kite masa usia muda...huhu.

 Tapi hanya di akaun 2 sahaja tau...dan untuk tujuan yang bermanfaat sahaja...xleh suke suki..

 Antara pengeluaran yang boleh adalah seperti berikut :
 
PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN

Untuk pengeluaran jenis ini, kite boleh keluarkan semua atau sebahagian simpanan apabila umur telah memcapai usia 50 tahun.

Antara syarat dan kelayakan adalah

1. Permohonan sekali sahaja

2. Mempunyai pilihan pengeluaran sama ada:

Ø  Semua Simpanan Mengeluarkan kesemua simpanan secara sekaligus dari Akaun 2

Ø  Sebahagian Simpanan Mengeluarkan sebahagian simpanan dari Akaun 2

3. Permohonan boleh dibuat 1 bulan lebih awal sebelum ahli mencapai umur 50 tahun

Bawa Mykad atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)

 Pembayaran akan dibuat secara terus ke akaun Ahli ( Senarai nama Bank Panel KWSP)
 
PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN

Ada 4 jenis pengeluaran:

1.Kesemua Simpanan

2.Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)

3.Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)

4.Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Cara-caranya:

Ø  Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)

Ø  Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN
Ada 4 jenis pengeluaran:
 
1.Kesemua Simpanan

2.Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)

3.Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)

4.Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Cara-caranya:

Ø  Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)

Ø  Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
 
PENGELUARAN MENGURANG/MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN

Cara-caranya:

Ø  Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)

Ø  Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)

Ø  Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan

Ø  Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

PENGELUARAN HILANG UPAYA

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

Cara-caranya:

Ø  Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi  Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)

Ø  Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)

Ø  Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan

Ø  Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
 
 PENGELUARAN MENINGGALKAN NEGARA

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh :

Ø  Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau

Ø  bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia

caranya adalah :

Ø  bawa passport, permit kerja dan bukti penamatan kerja

Ø  Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL)

Ø  Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
 
PENGELUARAN PENDIDIKAN

Pengeluaran  ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Cara-caranya:

Ø  Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)

Ø  Bawa Surat Tawaran Belajar

Ø  Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal

Ø  Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian

Ø  Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)

Ø  Bawa Borang Temuduga

Ø  Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian

Ø  Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian

Ø  Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli atau tempat pengajian.

 

atau untuk lebih lanjut boleh terus klik link ini Jenis pengeluaran.

LAWATAN SHEIKH PROF. DR AHMAD ISA AL-MU'SARAWI

Rasulullah SAW bersabda ,

"Kedatangan tetamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana''

Syarikat Ingress precision Sdn Bhd telah menerima kunjungan daripada seorang tokoh Ulama Al-Quran pada 19 September daripada Mesir di samping mengadakan ceramah bulanan di Surau Ingress.

Biodata Sheikh Dr Ahmad Isa Al-Mu'sarawi. Beliau memiliki Ijazah kedoktoran dalam bidang sains dan Hadis serta banyak menghasilkan  risalah Qiraat dari kitab Tafsir Zamakhsyari.Beliau memikul banyak tanggungjawab berkaitan pembacaan Al-Quran, antaranya menjadi Ketua Umum Qari di Mesir serta menjadi hakim Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Malaysia. Sheikh prof. Dr Ahmad juga mempunyai sanad bacaan Al-quran sehingga Rasulullah SWT  yang ke-29.

Semasa ceramah, beliau menekankan bahawa solat adalah ibadah yang terpenting bagi seorang muslim ketika proses timbangan amal di akhirat kelak. sekiranya solat kita lulus maka Allah s.w.t tidak lagi memeriksa ibadat-ibadat yang lain seperti puasa, zakat dan sebagainya.

Oleh itu, beliau meminta umat islam supaya memberi fokus kepada ibadat solat dengan betul menghayatinya sepertimana yang dilakukan oleh Rasullah SAW. membelajari syarat dan rukunnya serta perkara yang membatalkan solat.

Diantara keutamaan yang perlu kita ambil berat adalah bacaan Al-fatihah. Apabila surah Al-fatihah tidak dibaca dengan betul maka rosaklah ibadah solat kita.

Di hujung ceramah beliau sempat memilih dua orang kakitangan untuk membaca Surah Al-Fatihah sambil membetulkan bacaan mereka.
 

14.09.2015 SAAT YANG DITUNGGU




Selamat Ulangtahun sayang yang ke-3 Muhammad Aqil Rizqi,kehadiranmu di nanti sekian lama.
Semoga anak mama diberi kesihatan yang baik, kecerdasan dan kepintaran akal dan menjadi insan yang berguna suatu masa nanti.

 

TASKA....TASKA....TASKA...

MENCARI TASKA UNTUK PERMATA HATI MAMA.....

Kebelakangan ini banyak kejadian penderaan bayi dan kanak-kanak.Sehinggakan sebagai seorang ibu yang bekerja rasa hendak berhenti kerja untuk menjaga sendiri anak. bekerja di rumah juga boleh mendatangkan pendapatan sebenarnya. tidak sampai hati melihat cerita-cerita menyayat hati di akhbar dan laman sosial.
 
Jika diberi pilihan untuk menghantar anak ke taska atau pengasuh. Saya tiada jawapan untuk itu,kerana kedua-duanya mempunyai risiko.
 
Tetapi apakan daya sebagai ibu yang bekerja kita perlu membuat pilihan. jika sebelum ini saya memilih untuk menghantar anak ke rumah pengasuh tapi baru-baru ini pengasuh anak saya menyatakan hasrat untuk berhenti menjaga anak saya.
 
Setelah berbincang dengan suami, kami memutuskan untuk menghantar anak ke taska memandangkan umurnya sudah hampir 3tahun.Sebelum memilih taska,saya telah memasuki portal Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengetahui taska yang berdaftar dengan kementerian.
 
Taska pertama yang kami pergi paling hampir dengan rumah tetapi keadaan sekelilingnya tidak menarik minat kami. kemudian pergi pula taska kedua,nampak menarik tetapi pengambilan dibuka untuk tahun hadapan sahaja.Kemudian saya cadangkan kepada suami untuk pergi satu lagi taska, walaupun jauh sedikit dari rumah tetapi bila melihat persekitaran, kawalan keselamatan dan aktiviti yang diadakan di taska tersebut menarik minat kami untuk bertanya lebih berkenaan taska tersebut.
 
TASKA ZAZA CERDIK pilihan kami untuk kesayangan kami. melihat dari review di FB pun ramai yang mengsyorkan taska ini. Taska ini terletak bahagian atas rumah kedai, mempunyai beberapa orang guru yang akan memantau anak-anak dengan aktiviti yang menarik untuk perkembangan minda kanak-kanak.
 
 
 
 
 



31 ogos 2018 Selamat Menyambut kemerdekaan KE 61

 

Trip Damai Al Kahfi, Hulu Langat


Sempena Hari Merdeka kali ni, kami team Finance ambil kesempatan beriadah bersama-sama di Hulu Langat Damai Al-Kahfi.Mula-mula cadangannya hendak bermalam di sana, tapi sebabkan kekangan yang tak dapat dielakkan terpaksalah dibatalkan(tapi teman-teman lain ada yang menginap).
Mencari ketenangan dari kesibukan kota...hehehe.

Di Damai Al-Kahfi ni selain dapat ketenangan dapat juga ilmu. Di Damai Al Kahfi  ada juga menganjurkan program seperti santai keluarga bersama al-quran, Kem Cinta Bahasa Al-Quran dan lain2 lagi.

Di resort ini terdapat pelbagai pokok buah-buahan, jika datang masa musim buah memang untung,boleh makan buah-buahan yang ade..mase kami datang musim cempedak,duku n pulasan..dapatla merasa...hihihi



sungai yang bersih

bilik yang luas

rumah yang luas dan selesa

terdapat pondok2 untuk berteduh

semua sibuk menikmati kesejukan air sungai...

Kolam juga disediakan

geng-geng finance yang dapat turut serta


P/S : Sesiapa yang berminat boleh la melihat-lihat di FB Damai Al Kahfi